Petua Untuk Mengelakkan Gangguan Syaitan.
Salam..
Kali ini nak kongsi cara untuk elak gangguan iblis dan syaitan dalam hidupan seharian kita, moga bermanfaat..
Kali ini nak kongsi cara untuk elak gangguan iblis dan syaitan dalam hidupan seharian kita, moga bermanfaat..
***
- Membaca Bismalah permulaan segala tujuan.
- Memperbanyak kan solat tahajud dan solat taubat dan doa
- Memperbanyakkan membaca dan mengamal hawqalah:
dan doa menyampai Nabi Yunus a.s. iaitu:
- Berdoa - setiap masa terutama di waktu mustajab doanya iaitu:-
- Ketika Sahur dan aepertiga malam terakhir
- Ketika Berbuka Puasa
- Ketika minum air zam zam
- Ketika perang bergolak
- Ketika Hari Arafah iaitu pada 9 Dzulhijjah
- Ketika hujan turun
- Di hari Jumaat
- Ketika Tahiyat Akhir sebelum salam
- Ketika sujud terakhir dalam solat
- Di antara Azan dan Iqamah
- Ketika Azan berkumandang
- Ketika malam Lailatul Qadar
- Hari Rabu (Antara Zuhur dan Asar)
- Dirikan solat berjemaah di masjid atau surau khususnya bagi orang lelaki.
- Mengambil wuduk sebelum kita tidur, dan baca Ayat Kursi, dan seterusnya Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas (Al-Mu’awwizatain).
- Elak dengar muzik atau lagu-lagu yang tak senonoh, menonton filem ganas, seram dan menaikkan syahwat (contohnya
filem kuning ke biru ke).
- Tidak mendedahkan aurat, tidak guna minyak wangi secara sembarangan melainkan perlu khususnya bagi orang perempuan
- Istiazah dan bacaan al-Quran terutamanya surah al-Baqarah.
- Doa sebelum masuk bilik mandi / tandas dan ketika keluar dan doa sebelum bersama isteri.
- Membekal diri dengan ilmu pengetahuan (Baik dunia mahupun akhirat).
- Jaga kebersihan hati dan badan (spritual, mental dan fizikal).
- Mengamalkan sikap Husnuzhan (Bersangka baik) dalam kehidupan seharian.
- Berzikir (zikir al-Mathurat) dan zikir-zikir lain yang menjadi amalan Nabi SAW.
- Bersihkan diri daripada najis baik kecil mahupun besar (beristinjak dengan sempurna)
- Berstighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. selagi ada kesempatan.
***
Semoga petua-petua ini dapat mendekatkan lagi hati kita kepada Al-Khaliq, bak kata orang:-
"Buat sikit- sikit tapi istiqomah dalam beramal, daripada buat banyak-banyak tapi tak bersungguh"
"Buat sikit- sikit tapi istiqomah dalam beramal, daripada buat banyak-banyak tapi tak bersungguh"
Comments