Jerung dan jenis-jenisnya

Salam..

Hari ini nak cerita sikit mengenai jerung dan jenis-jenisnya di dalam lautan kini, moga bermanfaat

Ralat: Untuk pengetahuan, terdapat lebih daripada 300++ spesies dari 8 'keluarga' ikan jerung. Ada yang pemangsa dan ada yang menjadi mangsa, org hanya akan war-warkan jenis yang kita biasa dengar sahaja ye..

*** 
  • Jerung Putih

Ikan Jerung Putih atau Carcharodon Carcharias adalah jerung yang paling terkenal dan sangat bahaya di laut. Ia jenis spesies jerung besar yang boleh didapati di perairan  pantai semua laut besar. Ia lebih dikenali kerana saiz dia, dengan jerung dewasa membesar panjang 6.4 meter 21 kaki. Ikan ini perlu masa tempoh 15 tahun untuk matang dan dipercayai mempunyai jangka hayat lebih 30 tahun.

Jerung putih besar juga pemangsa terulung di lautan dan tidak mempunyai pemangsa semula jadi. Ia boleh dikatakan sebabgi ikan pemangsa hebat  di dunia, dan merupakan salah satu pemangsa utama kepada mamalia marin. Ia juga dikenali untuk memburu pelbagai jenis haiwan laut yang lain termasuklah ikan dan burung laut. Ia adalah satunya spesies genus Carcharodon diketahui yang masih hidup, dan berada di kedudukan pertama dalam mempunyai serangan yang paling atas manusia.


  • Jerung Harimau laut dalam

Jerung Harimau laut dalam atau Galeocerdo Cuvier, biasanya dikenali sebagai Harimau Laut  pemangsa yang  besar, yang mampu mencapai panjang  5 meter atau 16 kaki. Ia terdapat dalam  perairan tropika dan sederhana, dan ia biasanya dijumpai di pulau-pulau di Lautan Pasifik. Namanya berasal dari jalur gelap ke bawah badan yang menyerupai corak harimau, yang pudar apabila jerung matang.

Jerung harimau laut dalam enis yang suka menyendiri dan cenderung untuk memburu pada waktu malam. Dietnya adalah pelbagai termasuklah krustasia, ikan, anjing laut, burung, sotong, penyu, dan ular laut ikan lumba-lumba dan juga jerung lain yang lebih kecil. Oleh kerana kecenderungan untuk menelan hampir apa sahaja yang menghadapi, termasuk objek yang tidak boleh dimakan ciptaan manusia yang berlegar di dalam perut yang yang, yu harimau telah digelar "tong sampah". Jerung harimau dianggap sebagai spesis yang kian terancam kerana nilai siripnya dan akibat perikanan tak terkawal oleh manusia.

  • Jerung Kepala Tukul

Jerung Kepala Tukul besar @ Sphyrna Mokarran  spesies ikan jerung yang boleh panjangnya maksimum 6.1 meter atau 20 kaki Ia boleh didapati di perairan tropika dan sederhana panas di seluruh dunia, mendiami  pantai dan perairan-perairan benua. Jerung kepala tukul besar boleh dibezakan daripada Jerung Kepala Tukul lain oleh bentuk "tukulnya" yang dikenali sebagai "cephalofoil", yang luas dengan ruang hadapan hampir lurus, dan sirip dorsal pertama berbentuk sabit yang tinggi. pemangsa yang suka menyendiri, ia juga adalah pemangsa terulung yang kuat berenang. Dietnya daripada pelbagai jenis hidupan laut seperti krustasia dan kepada  ikan bertulang termasuk ikan jerung yang bersaiz lebih kecil. Dikatakan bahawa fungsi tukulnya adalah untuk melumpuhkan mangsanya.

Di klasifikasikan sebagai berbahaya, ia jarang menyerang manusia. Ia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap persekitarannya lebih lagi penyelam dan perlu dilayan dengan hormat. Jerung ini diburu untuk siripnya yang besar di pasaran Asia ekoran oleh siripnya yang besar dan dijadikan sebagai bahan untuk buat sup sirip yu. Akibatnya, populasi jerung ini semakin merosot dengan ketara di seluruh dunia, dan ia telah diwartakan sebagai Spesis Terancam.


  • Jerung Mako Mako
Jerung Mako Mako Sirip Pendek
Jerung Mako Mako Sirip Panjang

Terdapat dua (2) jenis Jerung Mako mako iaitu Jerung Mako mako Sirip Pendek ataupun Isurus oxyrinchus dan juga Jerung Mako Sirip Panjang atau Isurus paucus. Jerung Mako bermaksud "sharp smell" adalah jerung makerel yang besar. Ia jerung yang berbentuk seperti pasak didalam keluarga makerel, dgn muncung kon yang panjang, sirip dada yang pendek, dan sirip caudal berbentuk sabit.

Ia adalah spesies jerung yang agak besar berukuran sekitar 3.2 meter @ 10 kaki panjang dengan berat 60-135 kilogram dan biasanya jerung betina adalah besar daripada jerung jantan. Jerung Mako Sirip Pendek kebiasannya mendiami laut sederhana dan tropika luar pesisiran pantai di seluruh dunia manakala Jerung Mako Mako Sirip Panjang pula boleh dijumpai di Perairan Negara Teluk atau perairan yang lebih panas.

Diet jerung  termasuk sotong, ikan bertulang , ikan makerel, ikan tuna,& ikan todak, tetapi ia juga boleh memakan jerung lain, ikan lumba-lumba, penyu laut, dan juga burung laut. Walau bagaimanapun, populasinya semakin kurang ekoran perikanan yang tak terkawal.


  • Jerung Lembu Laut

Jerung Lembu laut atau Carcharhinus Leucas yang juga dikenali = Jerung Zambezi di Afrika dan juga Jerung Nicaragua di Amerika Tengah, kebiasannya ditemui di seluruh dunia di sepanjang pantai dan di dalam sungai yang cetek dan dalam. ia terkenal dengan sifat agresif, gemar berkeliaran di dalam air cetek yang hangat, termasuk sistem air tawar seperti sungai dan muara sungai.

Ia boleh berkembang maju dalam air masin dan air tawar dan boleh melakukan perjalanan jauh ke sungai. Mereka malah pernah dikenali untuk jalan lebih 3 kilometer ke dalam sungai, walau terdapat serangan air tawar direkodkan. Ia mungkin bertanggungjawab bagi majoriti serangan jerung pantai, termasuk banyak serangan dikaitkan dengan spesies lain.

Dietnya terdiri daripada ikan bertulang dan jerung, Jerung Lembu yang lain, penyu, burung, ikan lumba-lumba, krustasia, dan ikan pari. Ia suka memburu di perairan keruh kerana jarak penglihatan akan menjadi sangat terhad. Ia juga dikenalpasti untuk menggunakan teknik langgar-dan-gigit untuk menyerang mangsanya.

***
Harap-harap 'post' terbaru ini dapat memberi 1001 manfaat buat yang membaca, sekian.. =)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Mengenai Titian Sirat Dugaan untuk semua manusia nanti

Harimau dan jenis-jenisnya