Cerita Hassan Al-Basri Dengan Wanita Cantik
Salam..
Entri pada kali ini adalah mengenai kisah mengenai seorang wali Allah iaitu Hassan Al Basri pada suatu ketika dahulu, moga bermanfaat..
Entri pada kali ini adalah mengenai kisah mengenai seorang wali Allah iaitu Hassan Al Basri pada suatu ketika dahulu, moga bermanfaat..
***
Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hassan AlBasri muda dan ketika zaman jahiliah sangat suka pakai pakaian yang cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan di kawasan kota Basrah.
Pada suatu ketika beliau sedang jalan maka dia terpandang wanita yang cantik hingga menarik perhatiannya, lalu beliau mengikuti belakang gadis tu. Apabila gadis itu merasa ada orang sedang mengekori, maka dia pun pandang ke belakang dan dia lihat seorang jejaka Hassan AlBasri. Lalu gadis itu berkata:-
"Wahai kau! Apakah kamu tak malu ?"
Tambah lagi:-
"Malulah kamu kepada Allah swt yang Maha Mengetahui mata yang lihat akan kianat dan apa yang dapat di dalam hati.kamu"
Beliau tertarik kepada ayat gadis tersebut kerana iman yang kuat dan terpendam rasa cinta dalam hatinya. Dia tidak dapat mengawal nafsunya lalu dia tetap mengekori gadis itu dari belakang. Apabila gadis itu lihat ada lelaki terus ikutinya maka berkatalah gadis itu:-
"Mengapa kamu ikut ?"
Jawab dia:-
"Sebenarnya aku terpesona dgn mata kamu yang cantik"
Sebaik sahaja gadis itu dengar katanya, maka dia pun berkata:-
"Baiklah, oleh kerana kamu cintakan mataku, maka aku harap kamu tunggu di sini, sebentar lagi aku akan berikan kpd kamu apa yang kamu nak"
Setelah kata demikian maka gadis itu pun pergi. berkata dalam hati:-
"Nampaknya, dia terima cintaku"
Maka, duduk lah Hassan AlBasri di tempat tersebut menanti kedatangan gadis tu. Tidak lama kemudian datang seseorang pembantu (amah) menghampiri dia sambil memberi sebuah kotak yang tertutup. Lalu, beliau membuka kota itu dan terperanjat apabila mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata. Kemudian, berkata pembantu tersebut:-
"Tuan puteri berkata dia tak memerlukan mata yang menyebab terpesonanya seseorang itu"
Apabila dia dengar kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh badannya serta berdiri bulu roma. Dia memegang janggut dan kata pada dirinya sendiri:-
"Celaka betul kamu ini, sudah berjanggut masih tak rasa malu, bagaimana malunya gadis tu"
Setelah beliau menyedari salah dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman. Pada keesokan hari, Hassan AlBasri terus pergi ke rumah gadis tu untuk meminta maaf dan supaya wanita itu menghalal silap yang dia lakukan. Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, dia terdengar suara tangisan kaum wanita dalam rumah tersebut, maka dia pun bertanya kepada mereka yang berada di situ. Di beritahu bahawa gadis itu telah meninggal dunia. Hassan AlBasri tidak dapat tahan kesedihannya, lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari.
Pada malam yang ketiga, dia bermimpi bertemu dengan perempuan itu. gadis itu telah ditempatkan Allah di dalam syurga. Lalu beliau berkata:-
"Kamu halalkan segala kesalahanku terhadapmu"
Kemudian gadis itu berkata:-
"Sesungguh aku telah menghalalkan segalanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak daripada Allah disebab kamu"
Setelah Hassan AlBasri mendengar kata gadis itu dia pun berkata:-
"Berilah aku sesuatu nasihat yang baik"
Berkata gadis tersebut:-
"Dengar nasihat ku ni! Apabila kamu bersendirian hendak kamu zikir kepada Allah SWT setiap pagi dan petang, beristighfarlah. Mohonlah ampun kepada Allah SWT dan bertaubat kepadanya"
Akhirnya Imam Hassan AlBasri melaksanakan segala yang dinasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi seorang yang zuhud dan mashyur dalam kalangan masyarakat dan taat kepada Allah swt serta menjadi wali (kekasih Allah).
***
Istighfar merupakan suatu ibadah yang mulia dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, baik hal tersebut untuk dirinya sendiri maupun untuk orang lain. Beristigfarlah, ianya menyucikan hati serta memberi ketenangan kepada jiwa, insya-Allah.. =)
Comments