Memahami Fidyah: Panduan Lengkap dan Hukum-Hukum Berkaitan
Merungkai Persoalan: Fidyah Sekira Berlaku Dalam Pada Diri Kita Salam.. Kali ini nak berkongsi ilm mengenai fidyah, moga bermanfaat.. *** Apa Itu Fidyah? Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada individu yang tidak mampu menggantikan puasanya pada bulan Ramadhan hingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Pembayaran fidyah adalah wajib, namun ini tidak menghilangkan kewajiban untuk menggantikan puasa yang tertinggal. Setiap hari yang tidak berpuasa perlu digantikan dengan berpuasa, dan fidyah dibayar sebagai denda tambahan. Apakah Hukum Bagi Gandaan Fidyah Dan Kifarah? Dalam mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor pada 16 Januari 2001, diputuskan bahwa pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh tidak perlu digandakan. Ini sejalan dengan pandangan sebahagian mazhab Syafie. Namun, bagi mereka yang memilih untuk menggandakan pembayaran fidyah dan kifarah, tindakan itu juga dibolehkan. Oleh itu, terdapat dua pilihan dalam pembaya...