Tok Abah a.k.a Allahyarham Haji Hussain b. Haji Taib..



-Pemergianmu adalah suatu legasi untuk generasi masa hadapan-

Kelmarin org telah diberitahu oleh umi tersayang bahawa atukku yang disayangi telah jatuh sakit dan ingin berjumpa dgn org cuma masalahnya pada ketika org akan menghadapi peperiksaan pertangahan tahun bagi subjek Pasaran Wang dan Modal [Money and Capital Market], jadi org telah memberitahu umi bahawa org akan pulang tapi bukan pada hari tersebut. pada masa itu, org masih tidak memikirkan sangat permintaan ibuku itu..

semalam umi secara terus-menerus menelefon daku dengan kerap, tapi pada masa itu org masih tidak syak wasangka walau sedikit pun bahawa hari tersebut adalah hari terakhir org menatap wajah atukku yang telah nyawa2 ikan bergelut demi menghirup udara yang seakan2 berkurang.

ketika org tiba dirumah, org dapati keadaan dirumah agak tegang ekoran umi tidak dapat mengawal lagi emosi dan amarahnya kerana merasakan bahawa setiap tindak tanduk papa serba tak kena walhal hakikatnya beliau sendiri pun bingung dan buntu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu. ku lihat papa berusaha untuk mengawal keadaan tapi malangnya emosi umi telah menguasai situasi menyebabkan keadaan semakin tak terkawal. org tau papa cuba sedaya-upaya untuk bertindak rasional tapi mungkin kerana dikaburi oleh situasi tersebut, beliau seakan tidak mampu untuk bertindak secara rasional dalam menghadapinya.

dalam kekalutan itu, pakcik ku telah datang agak tepat pada masanya untuk membantu kami setakat mana yang mampu. dipendekkan cerita setibanya kami di pusat rawatan islam az-zaharah, kami telah dikejutkan dengan perkhabaran bahawa atuk telah "pergi" sebelum beliau sempat dimasukkan kedalam wad kecemasan lagi. sebak org melihat umi yang tidak mampu menahan tangisnya kerana terlalu menyayangi ayahnya yang tercinta, beliau hampir rebah dalam esakannya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa atukku telah "pergi" sama seperti ketika arwah adikku pergi suatu ketika dahulu. org dapat rasakan yang beliau betul-betul terkilan tapi apakan daya ajal maut adalah ditangan Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalang..

daripada petang hingga ke malam, ramai sanak saudara baik dari belah umi dan papa telah datang memberikan penghormatan terakhir kepada atukku. jenazah beliau telah selamat diterbangkan ke Kota Bharu melalui MAS, moga-moga pengebumian jenazah akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. jika kalian membaca post ini, org ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menziarahi beliau buat terakhir kali. kehadiran kalian membuatkan org rase "terisi", memberikan org semangat, ketabahan dan kekuatan yang diperlukan untuk mengharungi malam yang hening ini.

tidak seperti waktu arwah adik, pemergian atukku bagaikan telah mengajar org erti sebenar kehidupan. mungkin bukan dalam konteks yang menyeluruh tetapi cukuplah sekadar org tahu dimana bumi yang kita pijak, disitulah langit yang perlu kita junjung. apa yang org ingin utarakan disini adalah pengalaman mengajar kita 1001 penagajaran yang berguna untuk masa hadapan, baik dari segi yang baik dan juga buruk supaya kita dapat menilai sendiri buruk baik setiap tindakan yang kita lakukan.

sepanjang atukku berada di rumah, org mengakui yang beliau adalah seorang yang suka bercerita, suka bergurau senda dan suka memberikan nasihat2 yang berguna walaupun kadang-kala nasihat telah diberikan kepada kita berulang2 kali. tetapi ada ketikanya die adalah seorang pemikir yang telah melampaui masanya cuma dibataskan oleh faktor keadaan, masa, dan juga peluang untuk mencapai objektifnya. org tak ingin bercerita lebih mengenai beliau, cukuplah kalian tahu yang org menyayangi dan menganggap beliau sebagai atukku sendiri kerana beliau pernah berkata: jangan sekali2 fikir yang kamu ini bukan sebahagian daripada keluarga ini..

lagipun bila difikirkan kembali, inilah masa dan ketika untuk kita menilai seerat mana ikatan sesebuah keluarga kerana secara tidak langsung kita tahu ini sahaja kesempatan yang ada unutk berjumpa, bertanya khabar sebelum kita kembali ke dunia masing-masing. bukan apa, semalam org baru bersua dengan seorang sepupu yang hampir 8 tahun tak berjumpa. bukan kerana tidak mahu tau ingin berjumpa cuma tidak peluang dan kesempatan untuk bertemu. masakan ada, org mengakui yang org memang jarang pulang ke kampung tidak mengira sebelah mana sekalipun kerana sebab-musabab tertentu yang tak ingin org ceritakan kepada semua. cukuplah sekadar kalian tahu bahawa ianya memang telah dijangka dan tetap akan berlaku suatu hari nanti. org harap kalau ada kesempatan lagi org ingin merancang satu 'gathering' beramai-ramai bagi sepupu-sepapat yang sebaya supaya dapat mengeratkan ukhuwah yang kian hilang dek kerana komitmen di dalam kehidupan masing-masing...

cuma apa yang org ingin tegur disini adalah tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, jagalah adab baik dari segi percakapan ataupun perbuatan kerana kita mungkin tidak sedar yang secara tidak langsung kita telah menyakiti hati dan juga perasaan orang lain melalui perkataan2 yang kita ucapkan atau melalui tindakan yang dianggap "biasa" oleh kita kerana mungkin pada waktu biasa ia mungkin tidak mengapa tapi jika dalam keadaan tersebut takkah perkara tersebut akan berbekas dihati orang yang merasa??!

renung-renungkanlah, org tiada niat untuk menunjuk yang org ini bagus tapi itulah hakikat kita sebagai ORANG MELAYU DAN JUGA MUSLIMAH. ini adalah realiti di pentas 'duniawi', kadang-kala kita merasakan yang kita terlalu hebat hinggakan kita tidak mempedulikan orang di sekeliling. ingatlah bahawa segagah mana pun seseorang, dia tetap akan takut tatkala bertemu dengan KEBENARAN lebih-lebih lagi YANG MAHA ESA.


"Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia"
Aizat Amdan - Kau Pergi

Comments

Ida zahf said…
salam cebu.............
takziah ye..... moga awk dapat terima ngan redo...... sabar hadapinye ye.....

Popular posts from this blog

Jerung dan jenis-jenisnya

Kisah Mengenai Titian Sirat Dugaan untuk semua manusia nanti

Harimau dan jenis-jenisnya