Petua Untuk Mengelakkan Gangguan Syaitan.

Salam..
Kali ini nak kongsi cara untuk elak gangguan iblis dan syaitan dalam hidupan seharian kita, moga bermanfaat..
***
  • Membaca Bismalah permulaan segala tujuan.
Image result for bismillah

  • Memperbanyak kan solat tahajud dan solat taubat dan doa
  • Memperbanyakkan membaca dan mengamal hawqalah: 

          dan doa menyampai Nabi Yunus a.s. iaitu:


  • Berdoa - setiap masa terutama di waktu mustajab doanya iaitu:-
    • Ketika Sahur dan aepertiga malam terakhir
    • Ketika Berbuka Puasa
    • Ketika minum air zam zam
    • Ketika perang bergolak
    • Ketika Hari Arafah iaitu pada 9 Dzulhijjah
    • Ketika hujan turun
    • Di hari Jumaat
    • Ketika Tahiyat Akhir sebelum salam 
    • Ketika sujud terakhir dalam solat
    • Di antara Azan dan Iqamah
    • Ketika Azan berkumandang
    • Ketika malam Lailatul Qadar
    • Hari Rabu (Antara Zuhur dan Asar)
  • Dirikan solat berjemaah di masjid atau surau khususnya bagi orang lelaki.
  • Mengambil wuduk sebelum kita tidur, dan baca Ayat Kursi, dan seterusnya Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas (Al-Mu’awwizatain).
  • Elak dengar muzik atau lagu-lagu yang tak senonoh,  menonton filem ganas, seram dan menaikkan syahwat (contohnya filem kuning ke biru ke).
  • Tidak mendedahkan aurat, tidak guna minyak wangi secara sembarangan melainkan perlu khususnya bagi orang perempuan
  • Istiazah dan bacaan al-Quran terutamanya surah al-Baqarah.
Image result for Istiazah


  • Doa sebelum masuk bilik mandi / tandas dan ketika keluar dan doa sebelum bersama isteri.
  • Membekal diri dengan ilmu pengetahuan (Baik dunia mahupun akhirat).
  • Jaga kebersihan hati dan badan (spritual, mental dan fizikal).
  • Mengamalkan sikap Husnuzhan (Bersangka baik) dalam kehidupan seharian.
  • Berzikir (zikir al-Mathurat) dan zikir-zikir lain yang menjadi amalan Nabi SAW.
  • Bersihkan diri daripada najis baik kecil mahupun besar (beristinjak dengan sempurna)
  • Berstighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. selagi ada kesempatan.

***
Semoga petua-petua ini dapat mendekatkan lagi hati kita kepada Al-Khaliq, bak kata orang:-
"Buat sikit- sikit tapi istiqomah dalam beramal, daripada buat banyak-banyak tapi tak bersungguh"

Comments

Popular posts from this blog

Harimau dan jenis-jenisnya

Jerung dan jenis-jenisnya

Kisah Mengenai Titian Sirat Dugaan untuk semua manusia nanti