Posts

Showing posts from 2017

Cerita Hassan Al-Basri Dengan Wanita Cantik

Image
Salam.. Entri pada kali ini adalah mengenai kisah mengenai seorang wali Allah iaitu Hassan Al Basri pada suatu ketika dahulu, moga bermanfaat..  *** Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hassan AlBasri muda dan ketika zaman jahiliah sangat suka pakai pakaian yang cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan di kawasan kota Basrah. Pada suatu ketika beliau sedang jalan maka dia terpandang wanita yang cantik hingga menarik perhatiannya, lalu beliau mengikuti belakang gadis tu. Apabila gadis itu merasa ada orang sedang mengekori, maka dia pun pandang ke belakang dan dia lihat seorang jejaka Hassan AlBasri. Lalu gadis itu berkata:- "Wahai kau! Apakah kamu tak malu ?" Tambah lagi:- "Malulah kamu kepada Allah swt yang Maha Mengetahui mata yang lihat akan kianat dan apa yang dapat di dalam hati.kamu" Beliau tertarik kepada ayat gadis tersebut kerana iman yang kuat dan terpendam rasa cinta dalam hatinya. Dia tidak dapat mengawal nafsunya lalu dia te