8 Syaafat Yang Dapat Membantu Anda Di Hari Akhirat

8 Sya'afat Yang Dapat Membantu Anda Di Hari Akhirat
 
Salam..
Post kali ini adalah mengenai 8 syafaa't di dunia yang dapat membantu anda ketika di Akhirat kelak, insya-Allah..
***


Setiap manusia akan bertemu Allah SWT sorang sorang di Padang Mahsyar (pada hari akhirat) nanti untuk di periksa segala amalan baik dan buruk. Ketika ini tiada siapa boleh menolong melain hasil usahanya sendiri semasa amalan hidup di dunia.

Syafaat yang akan dapat menolongnya itu juga hasil dari amal soleh ketika di dunia dulu. Syafaat ini sangat penting untuk membatu kerana pahala yang di bawanya belum tentu cukup utk menyelamatkan dirinya daripada azab dan seksaan yang besar di hari akhirat nanti.


Apakah Jenis syafaat Di Padang Mahsyar kelak :

  • Al-Quran yang diamalkan kita.
    • Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Baca al Quran , sesungguh pada hari kiamat nanti alQuran yang akan datang sebagai bawa syafaat kepada yang baca nanti" (Hadis Riwayat al Muslim)

  • Puasa yang tiada putusnya.
    • Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa dan alQuran akan memberi syafaat untuk seseorang hambanya pada hari akhirat kelak." (Hadis riwayat Imam al Ahmad)

  • Malaikat dimana-mana.
    • Firman Allah SWT maksudnya :

      "Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan semua (malaikat) dan yang di belakang merekanya, dan merekanya takda memberi syafaat melain kepada orang yang diredhai Allah."

      [Surah Al-Anbiya ayat 28]

  • Nabi Muhammad S.A.W.(syaafat yang paling utama)
    • Syafa’at Nabi S.A.W diperuntukkan bagi kaum yang tidak mempersekutukan Allah SWT (Syirik)

      Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

      “Orang yang paling berbahagia dengan (mendapat) syafaatku pada hari akhirat ialah orang yang mengucap (kalimat) Laa ilaaha illallahu (tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah) dengan ikhlas dari hati atau jiwanya.“
      [Hadith Riwayat Al-Bukhari]

    • Syafaat Nabi SAW diperuntukkan bagi pelaku dosa di kalangan umat.
      Nabi SAW bersabda maksudnya :

      “Syafaa'tku adalah bagi pelaku-pelaku dosa besarnya (kabair) dari kalangan umat ku.”
      [Hadith Riwayat At-Tirmizi]

      (Pelaku dosa besar menghadapi risiko dan jika mengharapkan syafa'at ini kerana kebiasaannya pelaku dosa belum sempat bertaubat sehingga akhir hayat akan di masukkan ke dalam neraka terlebih dahulu)
    • Syafaat Nabi SAW bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan (debat) dan dusta serta orang yang selalu memperbaiki akhlak.

      Nabi SAW bersabda maksudnya :

      “Aku adalah sebagai penjamin memberi jaminan bagi orang yang memperoleh sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggal kan perbuatan berbantahan sekalipun berbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”
      [Hadith Riwayat Abu Daud]

    • Syafa'at Nabi SAW diperuntukkan umat yang banyak berselawat kepada Allah.

      Nabi SAW bersabda maksudnya :

      “Orang yang lebih berhak mendapat syafa’atku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepada Allah.”
      [Hadith Riwayat Ibn Mas’ud r.a]

      Sabdanya lagi :

      “Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kubur aku maka aku mendengar nya, barang siapa berselawat kepada aku dari jauh, maka selawat itu diserah kan oleh malaikat yang menyampaikan kepada aku dan ia dicukupi urusan dunia dan akhirat nya dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.”
      [Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib]

  • Sesama Muslim
    • “Setelah kaum Mukminin selamat dari neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka dari Neraka. Mereka berkata: ‘Ya Allah, mereka dahulu pernah berpuasa, solat dan menunaikan haji bersama kami.’ Lalu dikatakan kepada mereka: ‘Keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu.'” HR Muslim


  • Para Syuhada di kalangan mati syahid.
    • Nabi SAW bersabda maksudnya :

      "Orang yang mati syahid itu mendapat memberi kan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya."
      [Hadis Riwayat Abu Darda]

  • Ulamak yang beramal soleh.
    • Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

      “Di hari kiamat kelak, yang memberi kan kita syafaat ada tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulamak, dan seterusnya syuhada”

      [Hadith Riwayat. Ibnu Majah]

  • Para penghafaz Al-Quran.
    • Nabi S.A.W bersabda maksudnya:

      "Barang siapa membaca AlQuran dan mengamalkan nya, menghalalkan nya dan yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkan nya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka."

      [Hadith Riwayat At-Tarmizi]

  • Syafaat-syafaat kecil.
    • Solehin orang yang soleh, orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agama nya, ibu bapa-nya, guru-nya dan hormati jirannya dan masyarakat dan sahabat yang soleh boleh memberi syafaat kepada sahabat yang lain. Ulamak Salaf ada memberi pesanan :"Carilah banyak kawan, kerana sesungguhnya setiap mukmin itu mempunyai syafaat. Maka semoga engkau dapat masuk ke dalam syafaat sahabat mu. Orang yang beriman dan beramal soleh tentu akan mendapat beri syafaat (pertolongan) kepada kawan dan membawa masuk kedalam syurga. Dikatakan juga , apabila Allah S.W.T. mengampunkan dosa seseorang, maka orang tersebut akan dapat memberi syafaat kepadanya.

    • Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklif hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.

    • “Anak-anak kecilmu –pada riwayat yang lain- anak-anak kecil mereka – (menjadi) kunang-kunang di dalam syurga, se orang diantara mereka menemui ayah mereka, memegangi bajunya tidak berhenti sampai Allah memasukkan dia dan ayahnya ke dalam surga.”
      [Imam Ahmad, Bukhari di dalam Al Adabul MUfrad, Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Abu Hurairah]
***
Moga bermanfaat! =)

Comments

Popular posts from this blog

Harimau dan jenis-jenisnya

Jerung dan jenis-jenisnya

Kisah Mengenai Titian Sirat Dugaan untuk semua manusia nanti